Anda di sini

Bintang K-pop ketiga diselubungi skandal video seks umum bersara

 Gambar yang diambil pada 12 Mac ini menunjukkan Jung (bertopi) dikelilingi             pemberita ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan. — Gambar AFP
BERITA HANGAT: Gambar yang diambil pada 12 Mac ini menunjukkan Jung (bertopi) dikelilingi pemberita ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan. — Gambar AFP

SEOUL: Seorang bintang K-pop telah bersara selepas beliau mengakui menonton video lucah yang diterima daripada seorang artis lain, kata agensinya pada Khamis, penyanyi ketiga yang dise-lubungi skandal yang sedang berlaku dalam industri muzik di Korea Selatan.

Yong Jun-hyung, 29, seorang anggota kumpulan remaja lelaki Highlight – dahulu dikenali sebagai Beast – berkata beliau menonton video penyanyi Jung Joon-young sedang melakukan hubungan seks dengan wanita-wanita yang dirakamkan tanpa izin mereka.

Jung, 30, disoal oleh polis pada Khamis selepas mengakui beliau berkongsi rakaman itu dengan lelaki lain, termasuk bintang K-pop mega, Seungri, yang turut dibabitkan dalam siasatan jenayah seks-untuk-pelaburan.

Seungri – anggota kumpulan remaja lelaki BIGBANG – dan Jung mengumumkan persaraan mereka daripada dunia hiburan pada awal minggu ini.

Yong “telah menonton rakaman berkenaan, dan mengadakan perbualan yang tidak wajar dengan Jung”, agensi penyanyi itu Around Us Entertainment menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah Yong telah meninggalkan kumpulan Highlight pada Khamis.

Korea Selatan telah meng-alami wabak yang semakin menjadi-jadi bagi apa yang dipanggil ‘molka’, atau video ‘spycam’ – kebanyakannya ke atas wanita, yang dirakamkan secara sulit oleh lelaki.

Selain merakam wanita secara sulit di sekolah, tandas dan pejabat, “pornografi balas dendam” – video yang diambil sendiri oleh lelaki yang sedang melakukan hubungan seks dengan bekas kekasih mereka atau teman yang dirakamkan tanpa izin wanita terbabit – dipercayai tidak kurang berleluasa.

Menurut Han Sol, seorang aktivis di Flaming Feminist Action, video sedemikian sudah sekian lama ditonton dan dikongsikan oleh lelaki Korea Selatan sebagai satu bentuk hiburan dan satu cara untuk mengukuhkan “hubungan bersaudara” mereka.

Yong, yang juga pernah bekerja sebagai pelakon dan penerbit rekod, dahulu pernah menafikan dakwaan bahawa beliau pernah terlibat dalam skandal seks K-pop yang sedang berlaku sekarang.

Bagi aktivis wanita di Korea Selatan, skandal itu, termasuk pendedahan terbaharu, tidak mengejutkan.

Ribuan wanita menunjuk perasaan beberapa kali di Seoul pada tahun lepas untuk membantah ‘spycam’ dan video pornografi balas dendam, sebagai sebahagian daripada pergerakan #MeToo yang sedang berlaku di negara itu.

“Kes ini hanya menunjuk-kan bahawa bintang K-pop lelaki tidak terkecuali daripada menjadi sebahagian daripada realiti yang meng-eksploitasikan wanita dan sangat meresahkan ini,” kata aktivis hak wanita Bae Bok-ju kepada AFP. — AFP