Anda di sini

Bangunan runtuh di Nigeria, sembilan maut

Advertisement
 Orang ramai membantu mengangkat seorang budak di lokasi runtuhan sebuah bangunan yang menempatkan sebuah sekolah dan beberapa unit pangsapuri di ibu kota komersil Nigeria di Lagos pada Rabu. — Gambar Reuters
MUJUR SELAMAT: Orang ramai membantu mengangkat seorang budak di lokasi runtuhan sebuah bangunan yang menempatkan sebuah sekolah dan beberapa unit pangsapuri di ibu kota komersil Nigeria di Lagos pada Rabu. — Gambar Reuters

LAGOS: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala ramai lagi masih terperangkap selepas bangu-nan yang menempatkan sebuah sekolah dan beberapa unit pangsapuri runtuh pada Rabu di hab komersial Lagos, Nigeria.

Seorang pegawai penye-        lamat tempatan memaklumkan agensi berita China Xinhua bahawa sekurang-kurangnya sembilan mayat telah ditemui, dan sekolah di bangunan tiga tingkat dalam kawasan Ita-Faji di Pulau Lagos itu mempunyai 172 murid berdaftar.

Ibrahim Farinloye, penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan di wilayah barat daya Nigeria, berkata sukar untuk memberikan jumlah mangsa yang terkorban atau cedera kerana operasi menyelamat masih berlangsung.

Kebanyakan mangsa yang maut adalah murid sekolah rendah swasta di bangunan itu dan “kira-kira 50 lagi berjaya diselamatkan,” kata pegawai itu.

Hospital Umum Pulau Lagos, di mana kebanyakan mangsa yang terselamat dihantar untuk rawatan, telah mengesahkan bahawa 41 orang berada dalam “keadaan stabil”.

Bangunan itu telah ditanda-kan sebanyak tiga kali untuk dirobohkan, kata para pegawai bangunan negeri Lagos.

Murid sekolah terbabit sedang belajar dalam kelas pada kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan apabila bangunan itu runtuh tanpa amaran di kawasan yang padat dengan penduduk di Lagos.

Penduduk pangsapuri di bangunan itu dan pemilik kedai yang terletak di luar premis tersebut turut terjejas.

Penduduk yang terkejut serta orang ramai di kawasan itu serta ibu bapa yang panik, bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu usaha menyelamat sebelum pekerja kecemasan tiba.

Seorang bapa yang meraung kerana kehilangan satu-satu-nya anak lelaki beliau terpaksa dipegang dan ditenangkan oleh rakan-rakan.

Punca runtuhan belum dapat dipastikan.

Akinwunmi Ambode, ga-benor negeri Lagos, berkata satu siasatan terperinci akan dilakukan berhubung insiden itu.

Sementara itu, Presiden Nigeria Muhammadu Buhari dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Abuja pada Rabu menzahirkan rasa duka-cita beliau berhubung insiden runtuhan tersebut yang menyebabkan kemalangan jiwa, terutama kanak-kanak.

Beliau bersimpati dengan ibu bapa dan saudara mara mangsa serta berharap mereka yang cedera cepat sembuh.

Presiden itu telah meminta kerajaan negeri Lagos, yang merupakan hab ekonomi Nigeria, “melakukan segala yang diperlukan agar insiden tragis sedemikian tidak berulang pada masa akan datang.” — Bernama

Advertisement