Anda di sini

2.43 tan sisa kimia dikumpul dari Sungai Kim Kim pada Khamis lepas

Advertisement
 Kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan giat dilakukan di kawasan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, Johor Bahru semalam. — Gambar Bernama
BERSIH: Kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan giat dilakukan di kawasan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, Johor Bahru semalam. — Gambar Bernama

JOHOR BAHRU: Sejumlah 2.43 tan sisa kimia berjaya dikumpulkan oleh agensi-agensi berkaitan pada hari pertama kejadian pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Khamis lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal berkata sisa-sisa kimia itu dikumpulkan dari pagi hingga 11 malam.

Justeru itu, beliau berkata tidak timbul isu kerajaan ne-geri dan agensi terlibat lambat memberi tindak balas dalam menangani insiden berke-naan.

“Pihak berkuasa menerima laporan berhubung pembua-ngan sisa kimia itu pada jam 5.15 pagi dan respons segera telah dibuat khususnya dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri.

“Pada 9.30 pagi, lokasi pembuangan telah ditemui dan kerja-kerja pembersihan awal terus dilakukan melibat-kan beberapa agensi kerajaan yang berada di lokasi,” kata-nya kepada pemberita di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri di Menara Aqabah, di sini, semalam.

Beliau berkata pada hari seterusnya iaitu 8 Mac, kerja-kerja pembersihan bagai-manapun terpaksa dihentikan berikutan pemakluman Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang menyatakan sisa berkenaan merupakan bahan kimia berbahaya dan memerlukan kaedah pembersihan yang mematuhi peraturan keselamatan.

“Namun, semalam (kelmarin) kerja-kerja pembersihan telah disambung semula oleh syarikat kontraktor pembersihan yang dilantik,” katanya.

Beliau berkata sejak hari pertama sehingga 8 malam kelmarin, seramai 947 orang awam telah menerima rawatan oleh agensi berkaitan.

Ini termasuk 82 individu yang dirawat di wad Hospital Sultan Ismail (HSI), 85 orang di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA), 39 orang (wad KPJ Pasir Gudang), tiga orang di wad Regency Hospital dan lapan orang di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI. — Bernama

Advertisement