Anda di sini

[VIDEO] Penambang selamatkan lelaki jatuh Jambatan Darul Hana

Advertisement

KUCHING: Seorang lelaki berselisih maut apabila berjaya diselamatkan selepas dipercayai terjatuh dari atas Jambatan Darul Hana di Tebingan Kuching sekitar 9 malam tadi.

Mangsa berusia 36 tahun dari Jalan Amaria, Taman Delight di Miri diselamatkan oleh seorang pengusaha perahu tambang (penambang) dikenali sebagai Busrah Ede, 62 dari Kampung Empila, Kota Samarahan.

Menurut Busrah, semasa kejadian dia sedang berehat dan terkejut apabila mendengar jeritan orang awam dan dimaklumkan terdapat orang jatuh dari atas jambatan.

Busrah Ede

“Saya melihat dia terkapai-kapai dan tenggelam timbul menyebabkan saya terus menghidupkan enjin perahu dan pergi ke arahnya.

“Saya kemudian bertindak mengikat badannya (mangsa) dan terus membawanya ke tebing,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo, Khamis malam.

Mangsa kemudian diserahkan kepada anggota paramedik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa dikejarkan ke HUS
Mangsa dikejarkan ke HUS
  • oleh
  • Advertisement