Anda di sini

Sarah Suhairi, Sissy Imann, Wani Kayrie dalam ‘The House’ musim terbaharu

Advertisement
 

BAGI memberi lebih pilihan untuk kandungan alaf baharu, portal hiburan Gempak membawakan kembali program realiti digital ‘The House’ untuk musim yang kelima.

Masih mengekalkan format realiti yang sama tetapi kali ini dengan kisah pengembaraan yang berbeza, ‘The House’ musim kelima bakal menampilkan tiga bintang popular generasi ‘BBNU’ yang namanya kian melonjak selepas menyertai p ertandingan nyanyian ‘Big Stage’ terbitan Astro Ria tahun lalu iaitu Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie sebagai tonggak utama untuk musim ini.

Seperti musim-musim sebelum ini, program ‘The House’ yang berdurasi selama 22 minit sepanjang lima episod ini bakal disiarkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my pada setiap hari Selasa mulai 19 Mac ini untuk pilihan yang fleksibel merentasi sempadan.

Ini diikuti dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Rabu jam 9 malam bermula 27 Mac.

Terdahulu, program realiti ‘The House’ pernah menampilkan trio adik beradik iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong dan Yaya Maembong untuk menjayakan musim pertama, jutawan kosmetik Dato’ Seri Vida (musim kedua), keluarga Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta (musim ketiga) serta Fattah Amin & Alvin Chong (musim keempat).

“Kami menyambut baik perkembangan lanskap seni yang menyaksikan fenomena kebangkitan luar biasa daripada kalangan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ atau ‘BBNU’ yang semakin menguasai industri hiburan masa kini,” kata Nazihah Dalhar selaku Ketua Kandungan Gempak dalam satu kenyataan.

 (Dari kiri) Wani Kayrie, Sissy Imann, Sarah Suhairi dan Ketua Kandungan Gempak Nazihah Dalhar semasa sidang media di Kuala Lumpur awal minggu ini. — Gambar Astro
MUSIM BAHARU: (Dari kiri) Wani Kayrie, Sissy Imann, Sarah Suhairi dan Ketua Kandungan Gempak Nazihah Dalhar semasa sidang media di Kuala Lumpur awal minggu ini. — Gambar Astro

Tambah beliau, “Meskipun masih dianggap ‘hijau’, namun kehadiran dan bakat mereka dengan pantas meraih populariti bukan calang-calang dan dilihat setara dengan penghibur yang lebih berpengalaman. Profil seni angkatan ‘BBNU’ ini juga boleh dianggap cemerlang sehingga ramai di antara mereka yang berpeluang untuk beraksi di acara-acara besar dan turut bertanding di pentas berprestij.

“Melihat kepada trend terkini yang didominasikan oleh angkatan ‘BBNU’ tersebut, kami berpendapat ini momen yang terbaik untuk mengetengahkan mereka menerusi pener-bitan terbaharu program realiti ‘The House’.

“Sama seperti musim-musim terdahulu, ‘The House’ musim kelima masih mengekalkan tradisi meletakkan nama-nama popular yang mempunyai pengaruh kuat di media massa terutamanya di jaringan media sosial se-bagai tonggak utama untuk menjayakan program ini.

“Sehubungan dengan itu, pemilihan Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie sebagai selebriti jemputan dilihat menepati kriteria utama yang diperlukan oleh ‘The House’ untuk menarik hati penonton sasaran kami.

“Semoga musim ini mampu mengulangi kejayaan musim-musim yang terdahulu sekaligus menetapkan penanda aras baharu kepada kejayaan kandungan digital di platfrom Gempak,” katanya sambil menambah yang mereka turut berbesar hati dengan kehadiran Nivea selaku penaja utama ‘The House’ musim baharu ini.

Advertisement