Anda di sini

Rasuah: Bekas pegawai eksekutif direman tujuh hari 

Advertisement
INDIVIDU terbabit (dua, kanan) diiringi pegawai SPRM keluar dari kamar Mahkamah Majistret.
INDIVIDU terbabit (dua, kanan) diiringi pegawai SPRM keluar dari kamar Mahkamah Majistret.

KOTA KINABALU: Seorang bekas pegawai eksekutif Majlis Daerah Putatan diperintahkan direman selama tujuh hari, oleh Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan rasuah melibatkan pemberian projek perkhidmatan dan pembekalan. 

Majistret Afiq Agoes membuat arahan itu terhadap seorang lelaki yang berusia 42 tahun, setelah membenarkan permohonan tahan reman daripada Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM)Mohd Faliq Basiruddin mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. 

Individu berkenaan dipercayai menerima suapan wang sebanyak RM20,000 melibatkan daripada 10 kontraktor, kejadian berlaku sekitar 2017 hingga 2018 di Putatan. 

Tangkapan dibuat terhadap lelaki terbabit pada Rabu kira-kira jam 12.30 tengah hari. 

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Tempoh tahanan reman terhadap individu terbabit sehingga 20 Mac. 

  • oleh
  • Advertisement