Anda di sini

Percikan api geseran tayar kereta api punca dua kereta terbakar

Advertisement
 

PENAMPANG: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah atau khianat terhadap dua kereta pacuan empat roda yang terbakar di Kampung Sendil, Putatan, petang Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kebakaran adalah disebabkan oleh percikan api dari landasan sewaktu sebuah kereta api melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 3.25 petang.

"Siasatan awal mendapati kebakaran adalah berpunca daripada percikan api hasil geseran tayar kereta api dengan landasannya, menyebabkan rumput kering di kawasan berkenaan terbakar.

"Kebakaran rumput kering itu kemudiannya merebak sehingga menyebabkan dua kenderaan yang diletakkan berhampiran landasan terbakar serta merta," katanya.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai File Report (FR) dan disiasat oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang.
 

  • oleh
  • Advertisement