Anda di sini

Miliki 93 bungkus rokok, wanita warga asing didenda RM100,000

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing yang memiliki sebanyak 93 bungkus rokok pelbagai jenama, dikenakan denda sebanyak RM100,000 oleh Mahkamah Majistret di sini. 

Majistret Afiq Agoes menjatuhkan hukuman itu terhadap Sitti Noorzayda Dasunan Abin, 22, selepas mengaku salah. 

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kasta 1967 yang dihukum mengikut Seksyen 135 (1)(v) (aa) akta sama. 

Tertuduh didapati dengan sedar menyimpan semua barang larangan itu semua bernilai RM149.92, pada 26 Februari di kedai runcit Noor Zaida Enterprise, Lorong Kurma 6, Lights Industrial, di sini. 

Rokok tertakluk Barang Larangan Import mengikut Butiran Satu, Bahagian ll, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. 

Semasa rayuan tertuduh memohon hukumannya diringankan, namun Pegawai Pendakwa Janet Linggu dari Jabatan Kastam meminta hukuman setimpal dikenakan. 

Dalam pada itu, jika tertuduh gagal membayar denda terbabit mahkamah memerintahkan penjara selama tempoh lapan bulan dikenakan. 

Afiq juga mengarahkan Sitti Noorzayda dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement