Anda di sini

Suspek ditembak serang anggota polis

Advertisement
POLIS terpaksa mengambil tindakan berhati-hati berikutan tindakan suspek yang enggan menyerah diri sekalipun sudah ditembak di kakinya.
POLIS terpaksa mengambil tindakan berhati-hati berikutan tindakan suspek yang enggan menyerah diri sekalipun sudah ditembak di kakinya.

SEMPORNA: Polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki yang dikatakan menyerang angota polis dengan bersenjatakan sebilah parang panjang.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata kejadian berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.25 pagi Isnin di tepi jalan Kg Sg Intan.

“Kita menerima maklumat awal bahawa ada lelaki mengamuk dan menyerang orang awam, sebelum tiga anggota polis dihantar ke lokasi kejadian,” katanya.

Katanya sebaik ketiga-tiga anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Semporna itu tiba di lokasi, suspek terus bertindak menyerang mereka dengan parang.

Suspek, 38, dipercayai warga asing itu dilihat memegang senjata parang sepanjang kira-kira 66cm dan menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan.

“Polis yang diserang terpaksa mengambil tindakan mempertahankan diri dengan melepaskan tembakan yang kemudiannya mengenai kaki kanan dan kiri suspek.

“Namun suspek masih enggan menyerah diri sehinggalah bantuan polis lain diterima, barulah tangkapan terhadap suspek berjaya dilakukan,” katanya.

SUSPEK berjaya ditangkap selepas bantuan daripada polis di Jabatan Siasatan Jenayah IPD Semporna tiba.
SUSPEK berjaya ditangkap selepas bantuan daripada polis di Jabatan Siasatan Jenayah IPD Semporna tiba.

Peter berkata, suspek dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Tawau sebagai pesakit luar, manakala senjatanya dirampas.

Katanya polis juga masih menyiasat punca sebenar lelaki terbabit mengamuk dan buat masa ini suspek berada dalam tahanan reman sehingga 26 Mac.

”Siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/ 63 (tiada dokumen pengenalan diri),” katanya.

  • oleh
  • Advertisement