Anda di sini

STB jalin kerjasama dengan agensi pelancongan Eropah

Advertisement
Christina (dua kanan) menyampaikan beg promosi dan patung Orang Utan daripada STB kepada June (tengah) dan Michael (dua kiri). Turut kelihatan Ken (kiri) dan Suzaini (kanan).
CHRISTINA (dua kanan) menyampaikan beg promosi dan patung Orang Utan daripada STB kepada June (tengah) dan Michael (dua kiri). Turut kelihatan Ken (kiri) dan Suzaini (kanan).

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan bekerjasama dengan Agensi Pelancongan Eropah dalam mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan antarabangsa utama kepada pelancong di benua berkenaan.

Perkara itu telah dibincangkan bersama oleh delegasi Sabah yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew sebelum penutupan Pameran Perdagangan Terkemuka ITB Berlin 2019 yang berlangsung di Jerman.

Menurut Christina, kerjasama itu membuka jalan bagi kedua belah pihak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai Kempen Pemasaran dan Promosi

Bersama antara STB dan dua ejen pelancongan Eropah.

"Usahasama ini sekali gus menjadikan MoU sudah tiga kali dimeterai yang mana, satu daripadanya adalah dengan Diethelm Travel Kota Kinabalu Sdn Bhd," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar turut bertemu dengan pemilik merangkap Pengarah Urusan InterTravel Denmark yang ditubuhkan pada tahun 1978 iaitu June Nielsen semasa pameran berkenaan.

Melalui pertemuan itu, STB dan IntraTravel berhasrat menjalinkan kerjasama melibatkan kempen yang sudah termeterai di Denmark melalui bengkel serta iklan akhbar yang menyasarkan 250,000 pembaca termasuk pengiklanan di Facebook.

June dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menawarkan percutian di pantai, pakej lawatan serta penerbangan secara individu ataupun berkumpulan.

"Kami memberi jaminan kepada pelanggan kami (dari Denmark) bahawa kami akan menyediakan perkhidmatan perunding yang terbaik dalam industri pelancongan Denmark," katanya.

InterTravel adalah ejen pelancongan yang memenuhi keperluan pelancong bagi mencari pengalaman perjalanan yang unik mengikut permintaan destinasi, mod atau pengangkutan dan keselamatan.

  • oleh
  • Advertisement