Anda di sini

Seorang ayah dipercayai bunuh diri

Advertisement
SEORANG lelaki yang dipercayai menggantung dirinya ditemukan oleh anaknya.
SEORANG lelaki yang dipercayai menggantung dirinya ditemukan oleh anaknya.

TAWAU: Seorang ayah ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat menggantung dirinya dengan seutas tali pinggang di Kg Tg Batu Darat di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, si mati, lelaki warga tempatan, 36, ditemukan oleh anak kandungnya, lelaki, 10, di sebuah rumah tidak bernombor.

“Laporan awal kepada polis diterima daripada seorang surirumah wanita, 44, dan kejadian itu disyaki berlaku antara jam 12 tengah malam sehingga 7 pagi.

“Siasatan polis mendapati seutas tali pinggang terjerut di leher mangsa dan terdapat kesan jerutan tali pinggang di lehernya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Fadil berkata mangsa dikatakan hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya dan kejadian itu disedari anaknya ketika membuka pintu bilik sebaik bangun dari tidur.

Menurutnya, hasil siasatan polis juga mendapati bahawa si mati baru sahaja dua bulan menjaga anak lelakinya, selepas dibawa oleh isterinya dari Filipina.

“Namun, isterinya pulang ke Filipina akibat masalah rumah tangga dan si mati dilihat lebih banyak muram, mendiamkan diri serta enggan bercakap dengan keluarganya.

“Hasil siasatan yang dijalankan turut mendapati tidak wujud unsur jenayah dalam kes kematian si mati dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement