Anda di sini

‘Gadis Yang Ku Tunggu’ single terbaharu Amir Hasan

Advertisement
 

SELEPAS muncul dengan single pertama yang berjudul ‘Bicaramu’ pada tahun lalu, penyanyi muda yang semakin meningkat naik, Amir Hasan kini muncul semula dengan single keduanya yang berjudul ‘Gadis Yang Ku Tunggu’.

Lagu ‘Gadis Yang Ku Tunggu’ ciptaan penyanyi dan komposer terkenal Aizat Amdan bersama Mel Ramlan, berkisar tentang bakal jodoh yang masih tidak diketahui siapakah gerangannya, kata Warner Music Malaysia dalam kenyataan.

“Gadis itu sebenarnya adalah jodoh saya sama ada saya sudah mengenalinya ataupun tidak. Ia ditujukan kepada gadis yang bakal menjadi isteri saya satu hari nanti,” kata Amir.

Amir, 23, mula meniti di bibir peminat seni muzik tanah air selepas videonya yang sedang menyanyikan lagu ‘Akad’ dendangan asal Payung Teduh di sebuah kedai Vape atau rokok elektronik tular di media sosial.

Selain itu, Amir turut kerap memuatnaik video nyanyian lagu cover di media sosial atas permintaan ramai yang mahu mendengar versi nyanyiannya.

‘Gadis Yang Ku Tunggu’, terbitan Warner Music Malaysia, boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 8 Mac 2019 di pautan https://wmm.lnk.to/GYKT.

Advertisement