Anda di sini

12 ditahan dipercayai menagih, menyimpan dadah

Advertisement
 ANTARA suspek yang ditahan semasa Ops Sarang di dua perkampungan pagi tadi.
ANTARA suspek yang ditahan semasa Ops Sarang di dua perkampungan pagi tadi.

KOTA BELUD: Polis berjaya menahan 12 lelaki tempatan dalam dua serbuan Ops Sarang di dua penempatan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata operasi yang bermula jam 5 dan berakhir jam 10 pagi itu dijalankan di Kampung Taun Gusi dan Kuala Abai.

“Kita menjalankan pemeriksaan awal terhadap 21 orang dan 12 daripadanya ditahan selepas tiga daripada mereka didapati memiliki dadah dan sembilan yang lain positif dadah selepas pemeriksaan ujian air kencing.

“Polis turut merampas 3.0 gram dadah bernilai RM450 pada harga pasaran semasa,” katanya.

Zaidi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya operasi dilaksanakan seramai lima pegawai dan 43 anggota.

  • oleh
  • Advertisement