Anda di sini

UMS jalin kerjasama dengan JKNS, Health4U

Advertisement
STEPHEN (tengah) menyaksikan majlis pertukaran dokumen MoU yang telah dimeterai bersama antara Kamarudin (kiri) mewakili HUMS dan Chevy Beh mewakili Health4U Solutions.
STEPHEN (tengah) menyaksikan majlis pertukaran dokumen MoU yang telah dimeterai bersama antara Kamarudin (kiri) mewakili HUMS dan Chevy Beh mewakili Health4U Solutions.

KOTA KINABALU: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Sementara Hospital UMS (HUMS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Health4U Solutions Sdn Bhd.

Majlis itu yang diadakan di Magellan Sutera Harbour Resort, di sini hari ini disaksikan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk KY Mustafa.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin mewakili UMS manakala JKNS diwakili Pengarahnya Datuk Christina Rundi dan Health4u Solution diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Chevy Beh.

Kamarudin berkata, MoA itu merupakan lanjutan tujuh tahun lagi bagi program Doktor Perubatan dan pascasiswazah, manakala lima tahun untuk Diploma Kejururawatan bagi menjalani latihan klinikal, dan menjalankan aktiviti penyelidikan bagi pelajar pascasiswazah untuk program Sarjana Kesihatan Awam dan Doktor Kesihatan Awam.

Katanya, hospital yang terlibat dengan perjanjan itu adalah Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Hospital Mesra Bukit Padang, Hospital Kota Belud, Hospital Papar dan Hospital Tuaran.

"Sementara klinik kesihatan yang terlibat adalah Klinik Kesihatan Luyang, Klinik Kesihatan Telipok, Klinik Kesihatan Menggatal, Klinik Kesihatan Inanam, Klinik Kesihatan Likas dan Klinik Kesihatan Pekan Kota Kinabalu," katanya.

Katanya, kerjasama itu merupakan kolaborasi menang menang yang dithat dapat membuka lebih banyak dimensi baharu dalam sistem perkhidmatan kesihatan dan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran di peringkat universiti.

Kamarudin berkata, HUMS sedang dalam pembinaan dan dijangkakan siap pada tahun 2021. Hospital ini didirikan di dalam kampus menggunakan kawasan seluas 60 ekar dan tapak pembinaan sebesar 112,824 kaki persegi.

"Bangunan hospital ini akan mempunyai kapasiti 400 katil, 25 dewan pembedahan, 12 unit bersalin dan pelbagai lagi kemudahan infrustruktur terkini," katanya.

Kamarudin berkata, Health4U Solutions adalah sebuah syarikat yang membangunkan BookDoc, applikasi yang menggunakan telefon mudah alih sebagai platform yang menghubungkan pesakit dengan penyedia penjagaan kesihatan seperti hospital dan klinik.

"Aplikasi ini membolehkan pesakit mencari doktor yang terdekat dan membuat janji temu secara atas talian," katanya.

Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2015 dan berpengkalan di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Bermakna, HUMS walaupun wujud secara fizikalnya di Kota Kinabalu, ia masih boleh menawarkan perkhidmatan kepada pesakit di seluruh Sabah tanpa mengira waktu dan lokasi pesakit.

"Kami di UMS mengucapkan terima kasih kepada Health4u Solutions kerana sudi menjadi rakan pintar dalam bidang ini," kata Kamarudin.

Advertisement