Anda di sini

Road Tour Skuad 7 Perhentian aktifkan Skuad AADK Pangsapuri Tanjung Aru

Advertisement
AWANG Ahmad merasmikan pemasangan papan tanda nama Pangsapuri Tanjung Aru dengan kempen 'Perangi Dadah Habis-Habisan'.
AWANG Ahmad Shah merasmikan pemasangan papan tanda nama Pangsapuri Tanjung Aru dengan kempen 'Perangi Dadah Habis-Habisan'.

KOTA KINABALU: Program Road Tour Skuad 7 Perhentian anjuran Skuad Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu pada Ahad telah singgah di Pangsapuri Tanjung Aru yang juga merupakan destinasi keempat program berkenaan.

Program dilaksanakan di gelanggang bola keranjang seawal jam 8.00 pagi itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Penyelaras Parti Warisan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Awang Ahmad Shah Datuk Haji Awang Sahari.

Pengerusi Skuad Afendih Ambrih berkata, program ini dilaksana di bawah Program Jelajah Skuad (Jelas) yang merupakan kempen pencegahan dadah secara terus kepada komuniti di kampung-kampung berisiko dadah sekitar Kota Kinabalu. 

AFENDIH merakamkan album kenangan bersama barisan jawatankuasa pelaksana program dan barisan ahli Pertafa.
AFENDIH merakamkan album kenangan bersama barisan jawatankuasa pelaksana program dan barisan ahli Pertafa.

"Program ini dilaksanakan untuk mengaktif dan memperkenalkan Jawatankuasa Kecil Skuad AADK Pangsapuri Tanjung Aru ini kepada penghuni di sekitar kawasan perumahan ini di samping mengadakan pelbagai aktiviti.

Katanya, program ini juga bertujuan bagi mengembalikan peranan komuniti dalam melaksanakan pencegahan dadah melalui kepelbagaian aktiviti melalui jawatankuasa kecil yang dibentuk.

PELAJAR Medstas Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS ketika memeriksa tekanan darah pengunjung.
PELAJAR Medstas Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS ketika memeriksa tekanan darah pengunjung.

Jawatankuasa Kecil Skuad AADK Pangsapuri Tanjung Aru yang baru ditubuhkan ini diketuai oleh Razis Jais yang turut dibantu 13 jawatankuasa dan setakat ini kira-kira 34 telah menjadi ahli.

Sementara itu, Awang Ahmad Shah dalam ucapan perasmiannya antara lain mahu usaha murni ini akan diteruskan demi memastikan anak bangsa dapat dipelihara dari musuh 'Nombor 1 Negara' ini. 

Beliau mahu para pemimpin turut sama memberikan sokongan kepada usaha antidadah agar apa juga usaha yang dibuat mencapai matlamat. 

Pada majlis itu Awang Ahmad Shah turut merasmikan pemasangan papan tanda nama Pangsapuri Tanjung Aru dengan kempen 'Perangi Dadah Habis-Habisan'.

ACARA sukaneka pasing getah guna straw kategori dewasa turut disertai Datin Seri Nolly Zai Datuk Ag. Sham (kanan).
ACARA sukaneka pasing getah guna straw kategori dewasa turut disertai Datin Seri Nolly Zai Datuk Ag. Sham (kanan).

Program ini telah disertai Persatuan Warisan Wanita Kreatif Sabah (Pertafa) yang diketuai oleh Datin Seri Nolly Zai Datuk Ag. Sham, Medical Student Association (Medstas) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS yang diketuai oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Masyarakat FPSK UMS Dr. Yeap Boon Tat dan Persatuan Umie-Umie Pangsapuri Tanjung Aru yang diketuai oleh pengerusinya Dewi Yana Awang.

 Dalam pada itu Dr. Yeap yang ditemui berkata, penyertaan itu bagi menyokong usaha Skuad AADK untuk meneruskan usaha kempen memerangi dadah dalam kalangan masyarakat.

AWANG Ahmad bergambar kenangan bersama Jawatankuasa Kecil Skuad AADK Pangsapuri Tanjung Aru dan tetamu lain selepas merasmikan papan tanda.
AWANG Ahmad Shah bergambar kenangan bersama Jawatankuasa Kecil Skuad AADK Pangsapuri Tanjung Aru dan tetamu lain selepas merasmikan papan tanda.

“Pada jelajah ini, kita telah memberi pendidikan kesihatan kepada penghuni Pangsapuri Tanjung Aru yang meliputi kanak-kanak dan orang dewasa.

“Antaranya, kita mengajar kanak-kanak tentang tatacara mencuci tangan dengan betul, serta mendidik para wanita membuat pemeriksaan sendiri bagi mengesan sebarang petanda kanser payudara pada peringkat awal,” katanya.

ALBUM kenangan barisan petugas bersama peserta acara sukaneka yang dianjurkan sempena program itu.
ALBUM kenangan barisan petugas bersama peserta acara sukaneka yang dianjurkan sempena program itu.

Pelbagai aktiviti diadakan, iaitu Zumba, Sukaneka kalangan kanak-kanak dan dewasa, pemeriksaan kesihatan dan pertandingan karaoke di mana program  telah dihadiri kira-kira seramai 150 penghuni rumah pangsa dan penduduk kampung sekitar.

  • oleh
  • Advertisement