Anda di sini

Kumpulan GTIC kembang perniagaan di Taiwan, Hongkong

Advertisement
SOH (tengah) menyampaikan replika cek RM18,000 kepada Sister Anne Marie, mewakili Rumah Kanak-Kanak Don Bosco.
SOH (tengah) menyampaikan replika cek RM18,000 kepada Sister Anne Marie, mewakili Rumah Kanak-Kanak Don Bosco.

KOTA KINABALU: Kumpulan GTIC akan mengembangkan perniagaannya di Taiwan dan Hong Kong berikutan pengembangan Goldhouse syarikat itu di Kota Kinabalu memperlihatkan hasil yang amat memberangsangkan.

Pengerusinya Victor Soh berkata syarikat itu akan membuka enam lagi GoldHouse dalam beberapa minggu akan datang.

"Kami akan membuka cawangan baru sebaik sahaja kerja-kerja pengubahsuaian selesai.

"Premis seterusnya di Zhuhai dijangka dibuka pada bulan Mei tahun ini," katanya pada majlis anugerah dan majlis makan malam gala Kumpulan GTIC sempena pembukaan rasmi GoldHouse syarikat itu di Signature Office KK Times Square, di sini pada Isnin.

GoldHouse di Kota Kinabalu merupakan premis kedua syarikat itu di Malaysia dan kedai perdana pertama di Malaysia Timur.

Majlis makan malam itu dirasmikan oleh Yang Mulia M Kin Eezez Abdullah Tengku A B.

Soh berkata, Kumpulan GTIC akan menemui orang ramai di Taiwan dan Hong Kong tahun ini.

Selain itu, katanya, syarikat itu telah menceburi bidang perniagaan perlombongan yang akan menjamin pertumbuhannya dengan baik.

Acara itu juga menyaksikan sumbangan sebanyak RM18,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Don Bosco Bundu Tuhan, Ranau.

Sementara itu, Sister Anne Marie, penjaga Rumah Kanak-Kanak Don Bosco, berkata pada masa ini terdapat enam kakitangan dan seorang pemandu yang menjaga 57 penghuni (kanan-kanak) di rumah amal berkenaan.

Katanya rumah amal itu menyediakan perkhidmatan perlindungan, makanan dan pendidikan untuk kanak-kanak yang datang dari keluarga miskin atau perceraian, serta kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa dan tinggal bersama datuk nenek mereka.

Syarikat itu turut menyampaikan Sijil Pencapaian Pengedar VIP semasa majlis makan malam berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GTIC Syengnel Loh.

  • oleh
  • Advertisement