Anda di sini

‘Oi! Jaga Mulut’ musim dua tampilkan empat pelawak sensasi kini di iflix

Advertisement
__alt__

PERKHIDMATAN penstriman video popular iflix kembali dengan musim baharu Oi! Jaga Mulut yang disiarkan setiap Khamis, eksklusif di iflixFREE dan iflixVIP.

Memperkenalkan format komedi baharu, iflix mempersembahkan empat pelawak iaitu Rayza Mukmin, Farid Azmeir, JD dan Nizam Jentik-Jentik dengan set solo mereka tanpa tapisan, tanpa batasan.

Sebagai seorang pelawak, JD berkongsi pemerhatian kelakarnya berkenaan artis-artis terkenal tanah air dan kisah peribadinya yang mengejutkan.

Pelawak baru, Farid Azmier pula menyam-paikan komedi yang mencuit hati bersama gitarnya dan bercerita mengenai telatah ayahnya yang buta.

Rayza Mukmin pula menyindir ahli-ahli politik Malaysia yang terkenal dalam persem-bahannya.

Manakala Nizam Jentik-Jentik berkongsi pengalaman hidupnya sebagai seorang penjawat swasta dan bagaimana penggunaan duit kopi terjadi.

“Sewaktu kami mengarah Oi! Jaga Mulut Musim 1, kami tidak pasti jika adanya permintaan untuk stand-up comedy tempatan yang kontroversi. Jadi ketika itu kami membawakan konsep komedi sketsa yang menggabungkan beberapa komedian dalam setiap episod,” kata Pengarah Global Produksi Originals Mark Francis dalam satu siaran media.

“Berdasarkan sambutan yang memberangsangkan, kami ingin memperkenalkan 4 anak jati Malaysia yang berani mempersembahkan stand-up comedy dengan cara yang unik – tanpa tapisan, tanpa batasan, di atas pentas solo istimewa di Musim 2.’

“Oi! Jaga Mulut Musim 2 meletakkan komedian sebagai fokus utama, menunjukkan komitmen kami dalam mengembangkan industri stand-up comedy tempatan, walaupun ianya masih belum popular di kalangan penonton arus perdana lagi.”

Kini boleh diakses oleh lebih satu bilion pengguna di seluruh Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara, iflix telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran penstriman video.

Menawarkan pengguna dengan senarai tontonan yang pelbagai dari Hollywood, rancangan TV dan filem tempatan, tayangan ekslusif serta program-program yang memenangi anugerah, setiap langganan boleh diakses hingga 5 peranti yang berlainan termasuklah telefon bimbit, komputer, tablet dan set televisyen untuk distrim pada bila-bila masa, di mana sahaja serentak.

Advertisement