Anda di sini

PTI, nelayan ditahan dalam dua operasi berasingan

Advertisement
TANGKAPAN ikan di dalam bot melayan yang turut dirampas semasa Ops Gelora.
TANGKAPAN ikan di dalam bot melayan yang turut dirampas semasa Ops Gelora.

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan tiga individu dalam dua operasi berasingan awal pagi Jumaat.

Komander PPM WILAYAH 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata tangkapan dua bot pertama dijalankan melalui Op Gelora masing-masing di Pulau Enoe dan kawasan laut Petronas Methanol Labuan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua juragan dan anak perahunya iaitu pemegang Pas Lawatan Sosial IMM13 memgemukakan salinan lesen perikanan yang tamat tempoh.

“Kita menahan nelayan warga asing berumur 25 dan 29 tahun dan merampas bot, peralatan menangkap ikan serta hasil tangkapan ikan kira-kira 70 kilogram,” katanya sambil menambah kesemua nilai rampasan dianggarkan bernilai RM19,510.

Beliau berkata dalam operasi sama pihaknya turut menahan seorang lelaki yang gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri sah di dalam bot nelayan yang ditahan.

“Warga asing berumur 22 tahun dan mengaku baharu sebulan bekerja sebagai anak perahu di nelayan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 11(1)(b) Akta Perikanan 1985,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement