Anda di sini

Proton Waja musnah terbakar

Advertisement
ANGGOTA bomba melakukan operasi memadam kebakaran melibatkan sebuah Proton Waja.
ANGGOTA bomba melakukan operasi memadam kebakaran melibatkan sebuah Proton Waja.

SANDAKAN: Sebuah kereta jenis Proton Waja musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Jawa, Batu 12 di sini tengah tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan Anddre Andrew berkata, Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 lebih kurang jam 12.07 tengah hari.

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan diketuai PBK II Syamzari Ghani bersama lima pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian menggunakan sebuah jentera.

Laporan awal menyatakan kebakaran itu melibatkan sebuah kereta jenis saloon (Proton Waja) yang terbakar sepenuhnya.

Pasukan bomba memadam kebakaran dengan menggunakan hos salur bantu mula yang berada dalam jentera.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. Operasi terkawal pada jam 12.33 tengah hari dan ditamatkan pada tujuh minit selepas itu.

  • oleh
  • Advertisement