Anda di sini

Lima kampung angkat akan dipilih setiap tiga bulan

Advertisement
HARIS (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pegawainya dan penduduk kampung lain semasa program Kampung Angkat dijalankan hari ini.
HARIS (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pegawainya dan penduduk kampung lain semasa program Kampung Angkat dijalankan hari ini.

PENAMPANG: Lima perkampungan akan dipilih setiap tiga bulan sebagai Kampung Angkat bagi mengurangkan kadar jenayah serta mengekalkan tahap keselamatan di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata pihaknya akan melaksanakan sistem putaran bagi membolehlan semua kampung di Penampang dan Putatan menjadi sebahagian daripada Kampung Angkat.

“Kita akan memilih lima buah kampung dalam tempoh setiap tiga bulan bagi memastikan setiap kampung mendapat pendedahan serta turut serta dalam program ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata sebahagian dari kampung yang sudah dipilih berpotensi sebagai kawasan hitam atau kawasan tumpuan akan dilanjutkan tempoh pemyertaan kepada tiga bulan lagi.

“Pemilihan kampung angkat ini dipilih berdasarkan beberapa kriteria termasuklah kadar jenayah di kampung berkenaan dan lain-lain faktor.

“Antara kampung yang diberi perhatian dan tersenarai dalam lima kampung terpilih adalah Delta Height berikutan kadar jenayah yang agak diberi perhatian di sana.

“Ini termasuklah kejadian curi yang agak kerap serta aktiviti dadah di sini dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Haris berkata demikian semasa melancarkan Program Kampung Angkat peringkat daerah Penampang di sini hari ini.

Program Kampung Angkat dilancarkan awal Februari lalu oleh Polis Kontinjen Sabah dalam usaha membendung kadar jenayah di sini melalui penyertaan komuniti terutamanya penduduk di perkampungan yang terpilih.

Setakat ini sebanyak 24 kampung terpilih di empat daerah ya g melaksanakan program ini termasuklah Penampang, Papar, Tuaran dan Kota Kinabalu.

  • oleh
  • Advertisement