Anda di sini

80 orang ditahan dalam Operasi Bersepadu di Kg Look Banga

Advertisement
NASRI ketika menyampaikan ucapan sebelum operasi bermula.
NASRI ketika menyampaikan ucapan sebelum operasi bermula.

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki yang menangis teresak-esak terpaksa pasrah pada nasibnya apabila dia menjadi antara 80 orang ditahan dalam Operasi Bersepadu di Kampung Look Banga, Tungku hari ini.

Apabila ditanya keberadaan orang tuanya dia hanya berdiam seribu kata dengan beberapa kejiranannya cuba mewakilkannya menjawab pertanyaan demi pertanyaan anggota penguatkuasaan yang bertugas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor yang mengetuai operasi itu berkata seramai 18 kanak-kanak terdiri lapan lelaki dan 10 perempuan ditahan dalam operasi itu.

Menurutnya, kanak-kanak yang ditahan itu kesemuanya bersama ahli keluarga mereka yang tidak dapat mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa diperiksa di kediaman mereka.

"Dalam operasi ini seramai 41 lelaki dan 21 wanita ditahan namun selepas pemeriksaan lanjut didapati hanya 20 orang ditahan terdiri 13 lelaki, enam wanita dan seorang kanak-kanak ditahan untuk kesalahan dokumentasi.

"Mereka ini akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya ketika ditemui selepas operasi itu yang bermula jam 2 pagi hingga 6 pagi.

Nasri berkata selain kesalahan dokumentasi, operasi itu turut memberkas dua suspek lelaki tempatan yang memiliki kayu pelbagai saiz yang disyaki diambil tanpa kebenaran sah di kawasan hutan simpan berhampiran.

Suspek anak beranak yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 30 (1)(g) Enakmen Hutan 1968 yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Turut dirampas 31 batang kayu terbuah pelbagai saiz dan sebuah chainsaw.

KEADAAN seorang kanak-kanak lelaki yang menangis ketika ditahan.
KEADAAN seorang kanak-kanak lelaki yang menangis ketika ditahan.

"Operasi di perkampungan setinggan atas air yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar Lahad Datu ini mensasarkan pelaku-pelaku yang melakukan kesalahan mengikut Enakmen Hutan dan mengesan pendatang tanpa izin (PTI) serta menunjukkan kehadiran pihak berkuasa terutama polis untuk mewujudkan keadaan selamat kepada masyarakat," katanya.

Operasi itu dijayakan bersama 207 orang iaitu 13 pegawai dan 70 anggota terdiri Esscom/ATM (12 anggota), BN 17 PGA (1 pegawai, 25 anggota), Jabatan Immigresen (1 pegawai, 9 anggota), Jabatan Pendaftaran (4 pegawai), Jabatan Perhutanan (1 pegawai, 43 anggota), dan SSPDRM (9 anggota).

  • oleh
  • Advertisement