Anda di sini

Suami ditahan pukul isteri hingga cedera

Advertisement
SUSPEK, mangsa dan bahan kes.
SUSPEK, mangsa dan bahan kes.

LAHAD DATU: Polis di sini menahan seorang pengawal keselamatan kerana memukul isterinya menggunakan ekzos motor hingga mengalami kecederaan di Ladang Bagahak Dua, Tungku, pada Khamis.

Pasangan yang telah berkahwin sejak 2010 dan mempunyai tiga orang anak itu dilaporkan bergaduh gara-gara suami berang pada tindakan isteri membela anak mereka bertengkar ketika bermain.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nazri Mansor berkata kejadian berlaku di kediaman rumah kongsi Ladang Bagahak Dua pada 6 Mac,  3.30 petang dan di rumah Ketua Kampung jam 3.45 petang.

"Pada kejadian pertama yang berlaku di dalam rumah kediaman mereka, suspek telah memukul belakang mangsa dengan menggunakan sebatang ekzos motosikal.

"Kejadian kedua pula berlaku apabila mangsa bersama anak-anaknya telah melarikan diri ke rumah ketua kampung yang tinggal berdekatan untuk mengadu masalah rumahtangganya.

"Tidak lama kemudian suspek datang lalu memukul mangsa dengan menumbuk muka dan badan mangsa bertubi-tubi," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Nazri, ketua kampung cuba meleraikan pergaduhan itu namun suspek melarikan diri dan kejadian itu dilaporkan beliau kepada pihak majikan ladang.

Katanya, ekoran kejadian itu mangsa cedera bengkak dan lebam di bahagian kedua-dua bawah mata, pecah pada kedua-dua bibir atas dan bawah, kedua-dua belah lengan atas dan bahagian belakang badan.

Selepas kejadian itu, pihak majikan telah mengambil tindakan mengantung kerja suspek dan suspek ke rumah keluarga mangsa di ladang Matamba.

Dalam Ops Cantas Khas / Pintu yang dijalankan pada 7 Mac 2019 jam 1.30 petang, suspek telah ditahan di rumah kongsi pekerja Ladang Matamba dan merampas sebatang ekzos motosikal yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

Suspek didapati tidak dalam pengaruh dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement