Anda di sini

Raja Permaisuri lawat Galleria Artisan Tun Mustapha

Advertisement
TUNKU Azizah bermesra dengan pengusaha kraftangan tenunan, Pandian Sulaiman dari Kampung Rampayan Laut, Kota Belud.
TUNKU Azizah bermesra dengan pengusaha kraftangan tenunan, Pandian Sulaiman dari Kampung Rampayan Laut, Kota Belud.

KOTA KINABALU: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berkenan melawat Galleria Artisan Tun Mustapha, di sini, pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 10 pagi disambut oleh isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Shuryani Shuaib kemudian dirai dengan persembahan tarian bakat cilik yang mengenakan pakaian tradisi masyarakat Sabah.

Pada lawatan tersebut, baginda meluangkan masa kira-kira sejam bagi menyaksikan sendiri proses tenunan, di samping melihat produk kraftangan Sabah di galleria terbabit.

Beroperasi sejak 2016, galeria yang menjual pelbagai kraftangan Sabah seperti kain batik Sabah serta aksesori berasaskan mutiara oleh pengusaha tempatan itu beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat, manakala 9 pagi hingga 4 petang (Sabtu) dan 9 pagi hingga 2 petang (Ahad).

Advertisement