Anda di sini

PPM Tawau selamatkan tujuh warga asing

Advertisement
KESEMUA mereka yang ditahan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau.
KESEMUA mereka yang ditahan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menyelamatkan tujuh warga asing termasuk seorang kanak-kanak yang dipercayai terjebak dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

Kejayaan itu hasil maklumat pengintipan Unit Risikan Marin (URM) PPM Tawau di perkampungan air Batu 4 Jalan Apas di sini kira-kira jam 9.30 malam pada Khamis.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata seorang lelaki tempatan disyaki dalang kes itu ditahan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Hasil pemeriksaan kesemua warga asing itu didapati berumur 21 hingga 42 tahun, manakala kanak-kanak perempuan yang turut diselamatkan pula berusia dua tahun.

“Kita turut menerima kerjasama daripada orang awam yang menyalurkan maklumat dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan migran,” katanya.

Pajeri berkata kejayaan itu juga dicapai selepas pasukannya mengekori perjalanan warga asing terlibat dari sempadan perairan negara sehingga ke penempatan terbabit.

Menurutnya, berdasarkan soal siasat yang dijalankan kesemua warga asing dipercayai hendak dihantar ke Kota Kinabalu untuk bekerja sebagai buruh dalam pelbagai sektor.

“Tindakan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Pindaan 2010),” katanya.

  • oleh
  • Advertisement