Anda di sini

Nelayan Vietnam ditahan langgar permit kru warga asing

Advertisement
BOT nelayan warga Vietnam yang ditahan selepas didapati melanggar permit kru warga asing di sini.
BOT nelayan warga Vietnam yang ditahan selepas didapati melanggar permit kru warga asing di sini.

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sekumpulan nelayan warga Vietnam selepas didapati melanggar permit kru warga asing di Pulau Gaya awal pagi Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Laksamana Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata kes dikesan apabila anggotanya menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah bot nelayan berdaftar dalam satu operasi khas di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot nelayan terbabit dinaiki 17 awak-awak berumur 26 hingga 56 tahun bagaimanapun sembilan daripada kru terbabit tidak tersenarai dalam nama kru yang didaftarkan.

“Sembilan kru terbabit juga tidak mempunyai permit yang sah untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan serta masuk ke dalam negara,” katanya.

Katanya bot nelayan terbabit kemudiannya ditahan dan dibawa ke Jeti APMM Sepanggar untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 19(4)(t) iaitu melanggar syarat permit penangkapan ikan asing yang boleh didenda sehingga RM5,000 seorang.

  • oleh
  • Advertisement