Anda di sini

Kedai besi buruk, bengkel besi terjejas kebakaran 

Advertisement
API marak yang menjejaskan sebahagian kawasan bengkel besi dan kedai membeli besi buruk.
API marak yang menjejaskan sebahagian kawasan bengkel besi dan kedai membeli besi buruk.

KOTA KINABALU: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan dua premis daripada musnah terbakar di Kampung Bantayan Jalan Minintod Inanam di sini malam Khamis.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Laupen Nuar berkata kejadian jam 10 malam membabitkan sebuah kedai membeli besi buruk dan bengkel besi.

“Kita bergegas ke lokasi sejauh tujuh kilometer sebaik panggilan kecemasan diterima bersama sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas serta mendapatkan bantuan dari BBP Kota Kinabalu bersama sebuah jentera pemadam.

“Operasi pemadaman segera dijalankan dan berjaya mengawal api dari terus merebak bagaimanapun bengkel besi seluas 50X60 kaki persegi terjejas sebanyak 30 peratus manakala kedai membeli besi buruk seluas 50X80 kaki persegi terbakar 40 peratus,” katanya.

Katanya operasi ditamatkan jam 1.14 pagi dan tiada kecederaan direkodkan dalam kes ini.

Beliau berkata punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement