Anda di sini

Dua pencuri kereta ditahan polis

Advertisement
KERETA jenis kompak yang dirampas polis semasa penahanan suspek.
KERETA jenis kompak yang dirampas polis semasa penahanan suspek.

TUARAN: Polis menahan dua lelaki yang giat menjalankan aktiviti curi kereta di sebuah taman perumahan di Kampung Kiansom Baru Tamparuli di sini malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata kedua-dua suspek berumur 30 dan 31 tahun ditahan oleh sepasukan anggota kira-kira jam 11 malam.

“Semasa penangkapan dibuat polis berjaya merampas sebuah kereta jenis kompak yang dipercayai menggunakan enjin yang dicuri, kunci kereta, cukai jalan, serta plat besi kereta yang dicuri.

“Tangkapan kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya suspek ditahan selepas pihak polis menerima laporan berhubung kes curi kenderaan yang berlaku kira-kira jam 12 tengah malam di sebuah taman perumahan di Dungang awal bulan ini.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek menggunakan modus operandi dengan menyasarkan kereta yang diletakkan di taman perumahan di daerah ini.

“Dengan tertangkapnya suspek kita percaya polis berjaya menyelesaikan beberapa kes curi kenderaan di daerah ini dengan modus operandi yang sama,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement