Anda di sini

Bersama pastikan Sabah terus bebas penyakit berjangkit

Advertisement
DAUD (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta.
DAUD (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta.

KOTA KINABALU: Masyarakat dari pelbagai peringkat termasuk agensi-agensi kerajaan perlu  bersama-sama memainkan peranan bagi memastikan Sabah terus bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya kepada industri pertanian serta manusia.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata, kerjasama itu diperlukan bagi memastikan sempadan dan pintu masuk ke negeri ini tidak dibolosi oleh penyakit dari luar yang mampu menjejaskan sektor pertanian Sabah.

"Orang ramai perlu memberikan kerjasama selain memahami tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS)," katanya ketika merasmikan Kempen Kesedaran Penyakit Haiwan 2019, di sini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof.

Junz berkata, program seumpamanya penting untuk mewujudkan kesedaran terhadap empat penyakit haiwan seperti penyakit African Swine Fever (ASF), Avian Influenza (selsema burung), penyakit mulut dan kaki serta anjing gila.

Katanya, sehingga kini Sabah bebas daripada kesemua penyakit itu kecuali Avian Influenza yang dikesan pada Ogos 2018 di Tuaran, virus itu kemudian berjaya diatasi pada 17 Disember tahun berkenaan.

"Dalam kesempatan ini, saya juga berharap para peserta yang hadir dapat mengukuhkan lagi 'rangkaian' diantara satu sama lain bagi meningkatkan semangat kerja sepasukan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement