Anda di sini

Agong sertai 4,000 jemaah tunai solat Jumaat

Advertisement
TUN Juhar (tiga dari kiri), Bongsu Aziz (kiri) bersama Sultan Abdullah (tengah) dan Mohd Shafie (enam dari kanan) berdiri bagi menghormati laungan azan sejurus tiba di Dewan Solat Utama Masjid Negeri.
TUN Juhar (tiga dari kiri), Bongsu Aziz (kiri) bersama Sultan Abdullah (tengah) dan Mohd Shafie (enam dari kanan) berdiri bagi menghormati laungan azan sejurus tiba di Dewan Solat Utama Masjid Negeri.

KOTA KINABALU: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Jumaat berkenan menyertai 4,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri.

Seri Paduka baginda yang berbaju Melayu lengkap berwarna hijau, tiba kira-kira jam 12.27 tengah hari disambut Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin.

Khutbah bertajuk ‘Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong: Asas Kestabilan dan Kemakmuran Negara’ disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk

Bungsu@ Aziz Jaafar manakala solat Jumaat dipimpin Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Ibrahim Kisab.

Selesai solat Jumaat, Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menyampaikan sumbangan kepada 20 asnaf terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajah Rahmah dan 200 pelajar Sekolah Agama Negeri Sabah.

Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat meninggalkan masjid pada jam 1.30 petang.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong serta Menteri-menteri Kabinet.

Advertisement