Anda di sini

48 PTI ditahan di Labuan

Advertisement
MUHAMAD FARID
MUHAMAD FARID

LABUAN: Polis Daerah Labuan (IPD) telah menahan 48 pendatang tanpa izin dalam Ops Bersepadu yang dilakukan di kawasan penempatan Kampung Bebuloh Laut, pada malam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan Superitendan Muhamad Farid Ahmad, berkata operasi yang bermula pukul 1 pagi dan berakhir kira-kira 2 jam itu telah menahan 9 lelaki dewasa, 16 wanita dewasa, 9 kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen.

Manakala lima dokumen yang diperiksa meragukan dan diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk tindakan lanjut.

“Operasi ini untuk mencegah dan menangani kadar jenayah dengan mengesan dan menangkap penjenayah yang dikehendaki termasuk ahli-ahli militan, pengedar dan penagih dadah serta pendatang tanpa izin,”katanya dalam satu kenyataan media.

Muhamad Farid berkata, semua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Labuan untuk didokumentasi dan ditahan mengikut Seksyen 6(1) © Akta Imigresen 1959/63.

Tambah beliau, di sepanjang operasi bersepadu dijalankan tiada kejadian tidak diingini berlaku dan keadaan keselamatan semua petugas dalam keadaan baik dan terkawal.

Advertisement