Anda di sini

Gempa bumi lemah di Ranau

Advertisement

RANAU: Gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter melanda daerah ini kira-kira jam 4.05 pagi tadi.

Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan gempa terbabit berpusat 6.1 utara dan 116.7 timur pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran boleh dirasai sehingga 328 kilometer utara dari Tarakan Indonesia dan 11 kilometer utara Ranau.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Jimmy Lagung berkata tiada kejadian kecemasan setakat ini direkodkan dan pihaknya sentiasa bersedia ke atas sebarang kemungkinan.

“Kita tiada menerima sebarang panggilan kecemasan setakat ini berikutan keadaan gempa yang agak lemah dan tidak menjejaskan aktiviti harian penduduk.

“Aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu juga berjalan seperti biasa dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) ditugaskan di sana seperti biasa,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement