Anda di sini

JPN sokong aspirasi miliki sistem pendidikan berdaya saing, kompetitif dan cemerlang

Advertisement
 Dome Nambi Sabai (kanan) guru dari SMK St Augustine Betong menerima APC daripada Azhar.  — Gambar Muhammad Rais Sanusi
TAHNIAH: Dome Nambi Sabai (kanan) guru dari SMK St Augustine Betong menerima APC daripada Azhar. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memikul tanggungjawab menyokong kejayaan aspirasi negara memiliki sistem pendidikan kebangsaan yang berdaya saing, kompetitif dan cemerlang.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Dr Azhar Ahmad berkata, JPN me-nyokong aspirasi itu melalui transformasi pendidikan yang dilandas atau digaris-kan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang kini memasuki Gelombang Kedua (2016-2020).

“Dalam konteks ini, gerak kerja bagi menjayakan setiap inisiatif di bawah PPPM secara holistik menjadi tunjang kepada usaha kita dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menyediakan gene-rasi baharu masa depan yang mampu bersaing dan mampu melonjakkan pembangunan negara ke arah masa depan lebih cemerlang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JPN Sarawak di Auditorium JPN Sarawak semalam.

Pada majlis itu seramai 75 orang menerima APC dan dua lagi menerima sijil penghargaan Jabatan atas lama tempoh berkhidmat (lebih daripada 20 tahun) bagi kecemerlangan ditunjukkan sepanjang 2018.

Azhar percaya warga JPN Sarawak di segenap lapisan akan terus berusaha memberikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

Usaha setiap warga JPN Sarawak katanya, akan me-mastikan kejayaan agenda transformasi perkhidmatan awam dan transformasi pendidikan negara yang seterusnya akan melahirkan modal insan berkualiti sebagai pewaris kesejahteraan serta kemajuan negara menjelang 2050.

Beliau turut menyentuh mengenai peningkatan jumlah murid yang layak mendapat sijil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 83.03 peratus pada 2016 kepada 83.21 peratus pada 2017.

“Gred Purata Negeri (GPN) juga bertambah baik, pada 2016 ialah 5.34 dan 5.17 pada 2017.

“Bagi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018, pencapain juga membanggakan apabila bilangan calon memperoleh E dalam semua mata pelajaran semakin berkurangan bagi kedua-dua jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK),” jelasnya.

Beliau berkata, Sarawak boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri-negeri lain di Malaysia dari segi pencapaian akademik jika penggemblengan berterusan daripada semua pihak.

Hadir sama Timbalan Pe-ngarah Pendidikan Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus.

Advertisement