Anda di sini

Denis nafi tiada tindakan diambil ke atas anggota polis didakwa rogol

Advertisement
SAC Denis Leong

KUCHING: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai menafikan tuduhan yang dilemparkan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng bahawa tiada tindakan diambil ke atas seorang anggota polis yang didakwa terlibat dalam satu kes rogol di Sarikei pada 29 Oktober lalu.

Beliau memberitu, kes melibatkan anggota polis berusia 53 tahun itu telah didakwa di bawah Sekyen 376(1) dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan pada 27 Februari lalu di Mahkamah Sarikei.

Jelasnya lagi, tertuduh mengaku tidak bersalah dan dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30,000 dan dua penjamin.

“Perbicaraan kes itu akan diadakan pada 24 hingga 28 Jun nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pada 1 Mac, Lim menyerahkan satu surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur yang menggesa agar siasatan dilakukan terhadap kes melibatkan pegawai kanan dan anggota polis yang terlibat kesalahan jenayah.

Beliau turut memetik kes rogol yang berlaku di Sarikei melibatkan anggota polis berkenaan dan mendakwa pegawai dan anggota polis terbabit dengan kesalahan jenayah dilindungi.

Advertisement