Anda di sini

Bintang Bersama Bintang 2019 kembali, siaran langsung malam ini di TV3

Advertisement
 Chaiwan Achey Mamak Puteh & Sharif Zero.
PASTI RIUH: Chaiwan Achey Mamak Puteh & Sharif Zero.

PROGRAM realiti Bintang Bersama Bintang yang mengetengahkan pelawak dan telah menobatkan Mark Adam sebagai juara pada musim yang lalu kini kembali menceriakan malam hujung minggu anda.

Kali ini, Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB 2019) menampilkan 5 pelawak popular tanah air untuk meriuhkan malam Ahad anda selama 8 minggu bermula malam ini (3 Mac 2019), setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hingga 10.30 malam, secara langsung di TV3 dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Siapakah pula yang bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 dalam BBB 2019?

Peminat setia BBB masih berpeluang menyaksikan keletah Achey dan Shuk yang sentiasa mencuit hati di pentas BBB 2019.

Tahun ini, BBB 2019 telah melamar Chiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero untuk melengkapkan barisan peserta untuk mencetuskan persaingan hebat dalam mempamerkan kreativiti dan kebolehan masing-masing.

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan (ntv7) & Perolehan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Zurina Othman, BBB bukan hanya berkisar tentang sketsa lawak semata-mata kerana program ini turut mencabar para pelawak berkarya dengan kreatif di luar kotak untuk menghiburkan para penonton.

“Dengan kemudahan aplikasi  teknologi masa kini, kebolehan seorang pelawak adalah lebih meluas, tidak hanya membuatkan anda tertawa tetapi juga mahu menyampaikan mesej dengan cara yang lebih mudah diterima oleh orang ramai,” katanya.

“Kebolehan barisan pelawak baharu yang menyertai BBB pada tahun ini tidak harus diperlekehkan kerana mereka berani menyahut cabaran untuk bersaing dengan Achey dan Shuk yang sudah berpengalaman di pentas BBB ini.

Tambah beliau lagi, “Setiap pelawak mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Kreativiti mereka dalam berkarya dan memberi variasi dalam setiap persembahan mereka yang akan menentukan kredibiliti mereka sebagai seorang pelawak.”

Masih mengekalkan format pertandingan terdahulu, setiap minggu menawarkan RM10,000 sebagai ganjaran untuk pelawak yang mendapat markah tertinggi.

Mereka yang bergelar juara mingguan ini juga sekaligus memperoleh ‘pas’ untuk layak bersaing ke Arena Bintang Bersama Bintang 2019 Akhir. Peserta perlu memanfaatkan masa empat minit beserta lagu selama dua minit dalam setiap sketsa mereka untuk merebut juara mingguan.

Peserta juga dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk memantapkan dan menyerikan lagi persembahan mereka.

Para penonton juga boleh mengikuti perkembangan dan mengetahui aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada setiap Ahad jam 6.00 petang diTV3.

BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my. Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019.

Advertisement