Anda di sini

Penyaluran maklumat aktiviti sekolah dialu-alukan

Advertisement
FRANKIE bersalaman dengan ibubapa dan guru di SK Sri Tanjung Papat 1.
FRANKIE bersalaman dengan ibubapa dan guru di SK Sri Tanjung Papat 1.

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon amat mengalu-alukan penyaluran maklumat atau info mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah atau kawasan sekitar DUN itu.

Menurut beliau, ia bagi memudahkan interaksi antara pejabat Adun dan masyarakat sekitar dalam kawasan DUN berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga sentiasa sedia mendengar sebarang cadangan sekaligus cuba membantu pihak sekolah dengan sedaya upaya.

"Jangan malu dan segan untuk datang kepada kami di pejabat Adun Tanjung Papat di Old Slipway di Bandar Sandakan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tanjung Papat 1 di dewan terbuka sekolah itu di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Unit Kanan Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Ali Rahman Haji Arshad, Guru Besar SK Sri Tanjung Papat 1, Hamziah Hidayat dan Yang Di-Pertua PIBG SK Sri Tanjung Papat 1, Sharifah Fahanipah Sharif Omang.

Mengenai program itu, Frankie yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata kehadiran ibubapa pada mesyuarat PIBG itu mencerminkan komitmen dan hubungan silaturahim yang baik antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Jelasnya, ia secara tidak langsung memudahkan pihak PIBG bekerjasama merancang sebarang aktiviti bersama pihak sekolah bagi memberi impak yang positif kepada semua warga SK Sri Tanjung Papat 1 terutamanya murid sekolah.

"Marilah kita bersama menjadikan sekolah ini sekolah yang terbaik di daerah Sandakan sama ada dari aspek akademik dan kokurikulum. Usaha ini sangat-sangat memerlukan sokongan ibubapa seperti anda semua," katanya.

  • oleh
  • Advertisement