Anda di sini

Orang ramai dinasihat sedia beri kerjasama perangi wabak rabies

Advertisement
 Antara hadirin yang hadir pada Program Sivik Kesedaran Wabak Rabies di Kampung Pueh, Sematan kelmarin.
SAMBUTAN: Antara hadirin yang hadir pada Program Sivik Kesedaran Wabak Rabies di Kampung Pueh, Sematan kelmarin.

KUCHING: Orang ramai dinasihati agar bersedia dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam memerangi wabak rabies yang berlaku di negeri ini.

Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani berkata jus-teru semua pihak harus be-kerjasama dalam mengekang penularan penyakit rabies kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan majlis penutupan Program Sivik Kesedaran Wabak Rabies anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak di Rumah Panjang Kampung Pueh Sematan di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Lundu Dr Muhammad Najib Hasan dan Pegawai Veterinar Sarawak Dr Nicholas Jenek turut mengingatkan penduduk setempat agar jangan sesekali mendekati haiwan untuk mengurangkan risiko digigit atau dicakar anjing atau haiwan.

Dalam ceramahnya, Dr Muhammad Najib berkata bilangan kes mengikut pecahan jumlah gigitan dari minggu epidemik 1 hingga minggu epidemik ke-52, tahun 2018, daerah Lundu telah mencatat gigitan anjing sejumlah 145 kes dan kucing 38 kes.

Oleh itu,  beliau meng-         ingatkan mereka atau sesiapa yang terkena gigitan anjing harus mencuci kesan gigitan tersebut sekurang-kurangnya 15 minit dengan sabun dan air bersih yang mengalir sebelum mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Penyakit rabies boleh dicegah sekiranya mereka yang digigit mematuhi langkah-langkah pencegahan tersebut” ujarnya.

Bagi Dr Nicholas pula, beliau menyeru orang ramai yang memiliki anjing supaya menghantar binatang peliharaan mereka untuk suntikan anti-rabies di mana-mana program pemvaksinan antirabies.

Menurutnya, pemilik perlu memastikan anjing dan binatang peliharaan mereka disuntik vaksin antirabies setiap tahun.

“Saya juga ingin mengingatkan orang ramai agar tidak membuang anjing atau binatang peliharaan mereka sesuka hati apabila sudah tidak mampu dan tidak mahukan anjing atau binatang peliharaan mereka,” katanya.

Selain itu tambahnya, pemilik turut dinasihati menghantar anjing untuk pemandulan bagi mengawal populasi.

Terdahulu, antara objektif penganjuran program adalah untuk meningkatkan kese-daran masyarakat umum tentang bahaya wabak rabies.

Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik anjing agar bertanggungjawab terhadap binatang peliharaan masing-masing selaras dengan usaha tindakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam usaha membanteras wabak rabies menjelang 2025.

Advertisement