Anda di sini

Mosar selamatkan pendaki wanita hadapi AMS

Advertisement
.ANGGOTA Mosar semasa membawa mangsa sebelum diusung turun ke Timpohon Gate awal pagi Sabtu.
.ANGGOTA Mosar semasa membawa mangsa sebelum diusung turun ke Timpohon Gate awal pagi hari ini.

RANAU: Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) menyelamatkan seorang pendaki wanita yang mengalami Penyakit Akut Gunung (AMS) semasa mendaki Gunung Kinabalu awal pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Ranau Jimmy Lagung berkata kejadian berlaku jam 5.40 pagi berlaku apabila mangsa berada di Laban Rata.

“Mangsa warga tempatan berumur 59 tahun tidak dapat meneruskan pendakian akibat mengalami AMS.

“Enam anggota Mosar, kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) dan malim gunung membantu memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung Robinson,” katanya.

Menurutnya mangsa bagaimanapun menolak untuk dihantar ke hospital kerana keadaannya yang sudah stabil sebaik tiba di Timpohon Gate pada jam 6.50 pagi kemudian.

  • oleh
  • Advertisement