Anda di sini

Bot karam: Satu lagi mayat dijumpai

Advertisement

ANGGOTA TLDM melakukan pencarian mangsa bot karam di perairan Sandakan hari ini.  Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa bot karam di perairan Pulau Nunuyan dekat sini pada petang Khamis lalu disambung semula hari ini. Mangsa yang masih hilang ialah dua lelaki masing-masing berumur 38 dan 28 tahun, seorang wanita berumur 42 tahun, dan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur lapan dan satu tahun. -Gambar Bernama

SANDAKAN: Satu lagi mayat dipercayai mangsa bot karam di perairan Pulau Nunuyan dekat sini dijumpai nelayan hari ini.

Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini, identiti mangsa belum dikenal pasti.

Mayat itu dijumpai oleh seorang nelayan di kawasan perairan antara Pulau Nunuyan Laut dan Pulau Berhala pukul 12.44 tengah hari tadi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa bot karam itu memasuki hari kedua hari ini selepas lima lagi mangsa diselamatkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 12.15 tengah hari Jumaat.

Mangsa yang diselamatkan dilihat berpaut pada bot itu yang terbalik dan hanyut selama 18 jam selepas kejadian pukul 6 petang pada Khamis lepas.

Mayat seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun pula ditemui pada pukul 4 petang Jumaat dan dikenal pasti sebagai Kimar Herman oleh bapa saudaranya yang merupakan salah seorang mangsa yang terselamat.

Operasi SAR masih diteruskan.

  • oleh
  • Advertisement