Anda di sini

Penunggang maut, motosikal terbabas terlanggar batu

Advertisement
MOTOSIKAL yang dinaiki mangsa semasa kejadian di Jalan Meruntum Tembovo berdekatan Kampung Lembising di sini.
MOTOSIKAL yang dinaiki mangsa semasa kejadian di Jalan Meruntum Tembovo berdekatan Kampung Lembising di sini.

PENAMPANG: Seorang penunggang lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas sendiri di Jalan Meruntum Tembovo berdekatan Kampung Lembising di sini.

Mangsa berumur 26 tahun yang bekerja sebagai mekanik berasal dari Kampung Padas Damit Beaufort meninggal dunia dalam kejadian seawal jam 5 pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata hasil siasatan mendapati mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kinarut Papar dari arah Jalan Tembovo.

“Semasa dalam perjalanan motosikal mangsa dipercayai terlanggar serpihan batu di jalan terbabit sebelum hilang kawalan.

“Motosikal mangsa kemudiannya bergesel dengan penghadang jalan sebelum terbabas ke bahu jalan menyebabkan mangsa meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement