Anda di sini

Lebih 1,000 umat Islam hadir program Ceramah Perdana 'Kiamat'

Advertisement
USTAZ Malai Ali (kiri) sedang menyampaikan ceramah sempena majlis itu.
USTAZ Malai Ali (dua kanan) sedang menyampaikan ceramah sempena majlis itu.

SIPITANG : Lebih 1,000 umat Islam yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur hadir pada program Ceramah Perdana yang diadakan di perkarangan Masjid Saidina Uthman, Kampung Pantai, dekat sini pada malam Khamis.

Program ceramah yang bertajuk 'Kiamat' itu telah dianjurkan oleh Usia Bahagian Sipitang dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Saidina Uthman Kampung Pantai.

Penampilan penceramah khas yang memiliki gaya dakwah tersendiri iaitu Ustaz Malai Ali Malai Ahmad dengan gandingan moderator, Ustaz Mohd Ridzuan Kaplin itu telah membuatkan pengunjung tidak berganjak dari kerusi sehingga majlis selesai.

Cara penyampaian ceramah oleh Ustaz Malai Ali yang unik berbanding penceramah lain telah memukau pengunjung yang hadir, namun mesej yang disampaikan beliau amat jelas dan mudah difahami oleh semua umat Islam tidak kira peringkat umur.

Pada awal majlis, orang ramai dipersembahkan dengan persembahan Tawasih dari kumpulan Raudhatul Jannah Kampung Ulu Sipitang selain sesi kuiz turut diadakan bersama pengunjung yang hadir.

Dalam perkembangan lain, Ketua Usia Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad ketika ditemui pemberita memberitahu, beliau amat berbangga dengan sambutan masyarakat Islam terhadap program yang julung kali diadakan itu.

Katanya, penglibatan masyarakat Islam terutama golongan muda terhadap program dakwah seumpama ini sangat menggalakkan dan ini jelasnya merupakan suatu tanda yang positif dan baik yang perlu diteruskan di masa hadapan.

 PERSEMBAHAN Tawasih kumpulan Raudhatul Jannah Kampung Ulu Sipitang.
PERSEMBAHAN Tawasih kumpulan Raudhatul Jannah Kampung Ulu Sipitang.

Beliau berkata, pihaknya bercadang mengadakan program seumpama itu di masa hadapan berikutan sambutan program ceramah kali ini yang amat menggalakkan.

"Program yang diadakan ini bukan sahaja memberi impak yang baik kepada umat Islam tetapi ia secara tidak langsung dapat mengukuhkan semangat persaudaraan sesama umat yang hadir dan itu penting bagi mendepani cabaran dunia masa kini, " katanya.

Hadir sama Ahli Majlis Tertinggi Usia Dato Dr Abdul Sani Yahmin yang mewakili Usia Pusat.

  • oleh
  • Advertisement