Anda di sini

Ambil tindakan tegas terhadap individu hina agama

Advertisement
SAPAWI
SAPAWI

SIPITANG: Ketua Usia Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad (gambar) meminta kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menghina agama Islam dan memperlekehkan Nabi Muhammmad SAW di laman sosial.

Beliau berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap individu terbabit bagi memastikan perkara menghina agama tidak menjadi ikutan atau 'trend' pengguna laman sosial untuk mewujudkan ketegangan di antara masyarakat di Malaysia.

Katanya, sekiranya tiada tindakan tegas diambil terhadap perkara terbabit ianya akan berlarutan sehingga menyebabkan ketegangan dan kacau-bilau seperti mana yang berlaku di negara-negara luar.

"Kita minta supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana ia merupakan isu yang amat sensitif kerana melibatkan agama.

"Jika tiada penyelesaian yang tegas, ia dikuatiri akan mendorong individu tidak bertanggungjawab yang lain untuk mengulangi perkara sama di masa hadapan, " katanya.

  • oleh
  • Advertisement