Anda di sini

Temui ajal ketika berjoging

Advertisement

SANDAKAN: Seorang lelaki ditemui mati ketika keluar berjoging di kawasan Tembok Bulatan berhampiran Empayar Bundle di Pusat Bandar, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata mengsa dikenali sebagai Gabil Hamis,  55, warga Filipina yang bekerja sebagai penjaja di Singapore Road.

“ Mangsa yang keluar dari rumahnya untuk berjoging lebih kurang jam 7 pagi ditemui pengsan oleh orang awam,” katanya.

Beliau berkata  pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian dan membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia.

Mohd Azhar  memaklumkan bahawa hasil siasatan awal pihaknya mendapati tiada sebarang kecederaan disebabkan unsur jenayah pada mayat mangsa.

“Isteri mangsa pula memberitahu bahawa mangsa sememangnya mengalami masalah kesihatan iaitu penyakit jantung,  kencing manis dan darah tinggi.

“Mangsa sebelum ini menerima rawatan setiap bulan di klinik swasta di bandar Sandakan,” katanya.

Beliau berkata pihak polis telah menghantar mayat mangsa ke Hospital Duchess Of Kent untuk dibedah siasat.

  • oleh
  • Advertisement