Anda di sini

Tempoh setahun untuk patuhi pelabelan ASEAN NCAP: Chong

Advertisement
 Chong melekatkan label ASEAN NCAP pada cermin kenderaan Perodua                 Aruz pada Majlis Penyempurnaan Pelabelan di Pusat Pameran Perodua di Jalan Sherip Masahor                di Kuching, semalam. Turut kelihatan Desmond (kiri) dan Rostam. — Gambar Chimon Upon
PASTIKAN ADA LABEL: Chong melekatkan label ASEAN NCAP pada cermin kenderaan Perodua Aruz pada Majlis Penyempurnaan Pelabelan di Pusat Pameran Perodua di Jalan Sherip Masahor di Kuching, semalam. Turut kelihatan Desmond (kiri) dan Rostam. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Penjual kendera-an diberikan tempoh setahun mulai 1 Mac ini untuk mematuhi Pelabelan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) sebelum ia berkuat kuasa secara mandatori pada Mac 2020.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, pematuhan pelabelan ASEAN NCAP adalah untuk memastikan kenderaan yang dijual selamat kepada penggunanya.

“Sebelum ini, kita tidak mempunyai garis panduan pematuhan pelabelan keselamatan kenderaan penumpang yang standard sehingga ASEAN NCAP ini diperke-nalkan oleh kementerian dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

“Jadi, pelancaran program ASEAN NCAP hari ini (semalam) adalah untuk memberi kesedaran kepada semua penjual kenderaan dan pengguna mengenai pematuhan garis panduan ini sebelum dimandatorikan pada Mac 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyempurnaan Pelabelan ASEAN NCAP dan Operasi Bersepadu Inter-Agensi Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Pusat Pameran Perodua di Jalan Sherip Masahor, Taman Hui Sing di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai pelabelan ASEAN NCAP, Chong berkata ia akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga penjual kenderaan di mana pengguna akan memilih kenderaan dengan rating terbaik ASEAN NCAP sebelum membuat keputusan.

Di bawah garis panduan ini katanya, penjual kenderaan hendaklah mempamerkan pelekat pada cermin hadapan dan cermin tepi kenderaan di mana-mana pusat jualan atau pameran kenderaan.

Pelekat label kenderaan ini hanya boleh dikeluarkan oleh MIROS selepas didaftarkan kelulusannya oleh Baha-gian Standard Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, katanya.

Menurutnya lagi, bagi ken-deraan yang tidak melalui ujian perlanggaran oleh ASEAN NCAP, penjual juga diminta menampalkan pelekat label ASEAN NCAP pada cermin depan dan cermin tepi di mana keputusan taraf bintang tidak dicatatkan untuk membolehkan pengguna membuat pilihan.

Dalam pada itu katanya, meskipun garis panduan ini belum dimandatorikan, kementerian mengingatkan penjual yang tidak mendapat kelulusan ujian perlanggaran ASEAN NCAP supaya tidak melekatkan label terbabit pada kenderaan yang dijual.

Mereka yang didapati melekatkan label ASEAN NCAP pada kenderaan yang tidak diluluskan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 bagi kesalahan persendirian atau RM250,000 bagi syarikat atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Mengenai Operasi Bersepadu Inter-Agensi pula, Chong berkata, ia diadakan bertujuan memantau dan meningkatkan tahap pematuhan industri terhadap perundangan yang berkuatkuasa.

Operasi ini melibatkan kedai-kedai yang menjual barangan seperti tayar dan alat ganti kenderaan penumpang serta bateri primer dan barangan mainan.

Justeru katanya, industri, pengeluar barangan serta kedai-kedai yang menjual barangan tersebut hendaklah memastikan setiap barangan mempunyai tanda pematuhan keselamatan yang mengikuti setiap standard yang ditetapkan.

Turut hadir Timbalan Ke-tua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Ne-geri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rostam Salleh serta Pengurus Wilayah Perodua Desmond Ong Chee Wah.

Advertisement