Anda di sini

Polis tahan OKU disyaki rogol remaja 14 tahun

Advertisement
Gambar hiasan

BAU: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditangkap kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi WeChat.

Difahamkan suspek,26 tahun dan berasal dari Kampung Pelaman Sepadah, di sini ditangkap susulan laporan yang dibuat oleh seorang pegawai perubatan selepas memeriksa mangsa di Hospital Bau.

Sumber memberitahu mangsa yang masih bersekolah dalam tingkatan dua itu terdahulunya dihantar oleh ibunya ke hospital untuk pemeriksaan kerana risau terdapat kesan calar pada tangan dan lebam di leher mangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesan lebam di leher mangsa adalah ‘gigitan cinta’ dan mangsa turut mengaku melakukan huhungan seks dengan seorang lelaki.

“Mangsa kemudian turut mendedahkan identiti suspek dan satu laporan polis telah dibuat pihak hospital kerana risau akan keselamatan mangsa dikemudian hari,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon yang mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi, memberitahu suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek sudah berkenalan sejak September 2017 dan pada 28 Januari lalu, mangsa dijemput suspek ke rumahnya dan mereka telah melakukan hubungan seks.

“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dan mangsa akan dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak Sabtu ini (hari ini),” katanya di sini semalam.

Bercakap mengenai suspek, Poge memberitahu suspek mempunyai kecacatan fizikal akibat kemalangan jalan raya dan pemegang kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyatakat.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement