Anda di sini

PH Sarawak kesal agensi kerajaan negeri enggan bantu rakyat urus BSH

Advertisement
 

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak mendakwa terdapat agensi kerajaan negeri yang enggan membantu rakyat dalam menguruskan insiatif ditawarkan kerajaan persekutuan.

Pengerusi PH Negeri Chong Chieng Jen (gambar fail) berkata ia termasuk program bantuan Bantuan Sara Hidup (BHS) di mana pejabat daerah di negeri ini enggan menawarkan bantuan pendaftaran kepada masyarakat setempat.

"Banyak kawasan di mana rakyat datang mendapatkan pertolongan kepada pegawai daerah tetapi ditolak dan baru-baru ini ia berlaku di Bau, yang akhirnya datang ke pejabat khidmat Ahli Parlimen (Mas Gading) Mordi Bimol untuk pendaftaran.

"Untuk makluman pegawai daerah atau pejabat daerah adalah di bawah kerajaan negeri dan tiada siapa yang dapat memberi arahan melainkan kerajaan negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PH negeri di sini, hari ini.

Malahan kata Chong kerajaan negeri tidak sepatutnya mencampurkan kepentingan politik mereka dalam perkara berkenaan yang melebihi kepentingan rakyat.

"Saya percaya pegawai daerah tidak akan membuat perkara ini atas kehendak mereka sendiri tetapi di bawah arahan tertentu.

"Sehingga kini antara pejabat daerah yang dikatakan enggan menawarkan perkhidmatan membantu dalam urusan BHS termasuk di Serian dan Sri Aman," tegasnya.

  • oleh
  • Advertisement