Anda di sini

Perarakan bantah Morales bertanding semula

Advertisement
 Penyokong pembangkang menjerit sewaktu rapat umum bagi memperingati ulang tahun ketiga referendum            untuk menyekat Morales daripada dipilih semula, di La Paz, Bolivia pada Khamis. — Gambar Reuters
SUARA BANTAHAN: Penyokong pembangkang menjerit sewaktu rapat umum bagi memperingati ulang tahun ketiga referendum untuk menyekat Morales daripada dipilih semula, di La Paz, Bolivia pada Khamis. — Gambar Reuters

LA PAZ: Penyokong pembangkang dan organisasi kemasyarakatan telah turun ke jalanan di beberapa bandar di Bolivia bagi membantah rancangan Presiden Evo Morales yang berhasrat bertanding semula untuk penggal yang keempat.

Penunjuk perasaan pada Khamis turun ke jalanan di bandar utama seperti La Paz, Sucre, Santa Cruz dan Potosi pada hari sambutan ulang tahun ketiga referen-dum yang menyaksikan Morales gagal dalam usaha beliau bagi mendapatkan sokongan orang ramai bagi menghapuskan had penggal untuk berkuasa.

Perlembagaan Bolivia 2009, yang diisytiharkan sendiri oleh Morales, mengehadkan seorang presiden memegang jawatan itu selama dua penggal berturut-turut.

Meskipun berdepan ke-gagalan berkaitan referendum 2016, kerajaan Morales menolak keputusan itu manakala mahkamah perlembagaan, yang penuh sesak dengan penyokongnya, memutuskan bahawa beliau mempunyai hak untuk di-pilih semula.

Pemimpin berhaluan kiri itu dijangka bertanding pada pilihan raya Oktober ini dalam usaha melanjutkan tempoh pemerintahan beliau.

Berkuasa sejak 2006, Morales adalah presiden Bolivia paling lama ber-khidmat dan yang pertama daripada masyarakat peri-bumi.

Di kubu kuat pembangkang di Santa Cruz, penunjuk pe-rasaan dijangka memungut tandatangan untuk dihantar kepada presiden Colombia dan Brazil, yang merupakan negara penjamin Perlembagaan Bolivia 2009.

Pembangkang berkata Morales, ketika berkhidmat dalam penggal pertama-nya, telah berjanji kepada kedua-dua penjamin bahawa beliau tidak akan bertanding lagi sebagai balasan kepada sokongan pembangkang terhadap perlembagaan baharu itu.

Bagaimanapun, beliau telah bertanding sebanyak dua kali selepas itu. — Bernama

Advertisement