Anda di sini

Pembelaan tiada hak tuntut surat pelantikan Sri Ram

Advertisement
 Najib (dua kiri) yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta hadir ke Mahkamah Sesyen bagi sebutan kes itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama
HADAPI PERTUDUHAN: Najib (dua kiri) yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta hadir ke Mahkamah Sesyen bagi sebutan kes itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa pihak pembelaan dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak mempunyai hak yang sah di sini undang-undang untuk menuntut surat pelantikan bekas hakim mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Pendakwa Raya Kanan, kerana ia adalah hak keistimewaan yang dimiliki peguam-pelanggan.

Beliau berkata seseorang litigan tidak mempunyai hak di bawah undang-undang negara untuk melihat surat lantikan kerana ia jelas merupakan dokumen adalah hak istimewa antara pelanggan dan peguam.

“Ia mengandungi terma-terma sulit dan rahsia yang tidak dibuat untuk tatapan pihak ketiga. Pemohon tidak mempunyai hak kuat kuasa, peruntukan, di bawah undang-undang bagi menuntut surat pelantikan itu.

“Pada dasarnya seseorang yang saya lantik (mewakili saya) tidak perlu seorang peguam. Apa yang ditetapkan statut hanyalah mereka yang dilantik perlu seseorang sesuai,” hujahnya pada sesi pendengaran terhadap permohonan pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Najib, yang berusaha untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam 1MDB kes di hadapan haki Collin Lawrence Sequerah.

Thomas berkata oleh itu pasukan peguam pembelaan itu tidak mempunyai hak untuk menuntut atau melihat sijil pelantikan.

“Pada masa yang sama, pihak pendakwaan juga tidak mempunyai hak di sini undang-undang untuk meminta ditampilkan surat pelantikan mana-mana peguam yang mewakili mana-mana tertuduh, itu tiada kena mengena dengan kami.

“Sekiranya kami tidak meminta surat-surat pelantikan mereka, bagaimana pula mereka boleh bertanya bagaimana Sri Ram dilantik? Oleh itu saya merumuskan bahawa tidak ada hak kuat kuasa dan hak di sisi undang-undang bagi pemohon untuk meminta surat berkenaan,” katanya.

Tommy seterusnya berkata beliau diberi kuasa di bawah Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah (CPC) bagi melantik individu yang ‘fit’ dan sesuai untuk bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Timbalan Pendakwa Raya, atau Penolong Pendakwa Raya.

Katanya pelantikan Sri Ram tidak seharusnya dipertikai kerana siaran media berhubung perkara itu sudah dikeluarkan pada 31 Ogos lepas, yang menjelaskan perkara itu.

“Kerajaan Malaysia layak memperolehi pasukan guaman terbaik dalam negara, dan mereka tidak semestinya hanya terhad kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata pilihan kerajaan terhad kepada sekitar 1,000 peguam, sedangkan sektor swasta memiliki ‘kemewahan’ dari segi pilihan, contohnya mereka boleh memilih daripada 18,000 peguam yang berada dalam Majlis Peguam.

Menurutnya apabila tidak dibenarkan untuk melantik pegawai pendakwa yang menjadi pilihan, pihak pendakwaan nampak ‘handicapped’ dan kelihatan tidak diberi layanan yang saksama.

“Jadi disebabkan ini saya minta supaya permohonan ini diketepikan,” katanya.

Menjawab hujah pihak pembelaan Rabu bahawa Sri Ram terbabit dalam siasatan kes 1MDB, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menjelaskan bahawa Sri Ram hanya dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan pada 31 Ogos lepas dan tertuduh didakwa pada 20 September.

“Bagaimana mereka boleh bayangkan Sri Ram boleh terbabit dan menganggu siasatan kes yang begitu besar dalam tempoh masa singkat, 20 hari. Sebagai Timbalan Pendakwa Raya tugas utama kami adalah untuk menyelia penyiasatan terutama dalam isu undang-undang, contohnya apa yang dibenarkan, atau tidak dibenarkan sebagai bukti.

“Mereka (pembelaan) mendakwa Sri Ram berat sebelah terhadap tertuduh. Saya tekankan di sini, sekiranya ia benar sekalipun perbicaraan masih dibawah kawalan hakim.

Contohnya Sri Ram menggesa Mahkamah Sesyen untuk mengenakan syarat-syarat tambahan, termasuk menghalang tertuduh daripada bercakap mengenai kes ini kepada orang ramai.

“Bagaimanapun Mahkamah Sesyen tidak melayan permohonannya. Dia tidak dapat mempengaruhi Hakim Mahkamah Sesyen pun, apa yang membuatkan pihak pembelaan merasakan Sri Ram boleh mempengaruhi Hakim Mahkamah Tinggi yang lebih kanan,” katanya.

Perbicaraan bersambung 28 Feb. — Bernama

Advertisement