Anda di sini

Pelihara hubungan antara kaum di Daro sampai bila-bila: Safiee

Advertisement
 Safiee (lima kiri) bersama Ahmad Johnie (dua kiri) merakamkan kenangan bersama komuniti Cina Daro baru-baru ini.
ERATKAN HUBUNGAN: Safiee (lima kiri) bersama Ahmad Johnie (dua kiri) merakamkan kenangan bersama komuniti Cina Daro baru-baru ini.

MUKAH: Kaum Cina Daro dinasihati untuk terus memelihara hubungan antara kaum di kawasan itu sampai bila-bila.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, keunikan negeri ini tidak harus dirosakkan oleh mana-mana pihak.

“Kita harus pastikan keunikan keharmonian Sarawak meskipun terdiri daripada pelbagai kaum,” ujarnya ketika mengadakan lawatan ke sekitar Pekan Daro sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Tanpa keamanan serta keharmonian katanya, perniagaan yang terus maju juga amat mustahil untuk dijalankan.

Justeru katanya, perkembangan positif dalam perniagaan sedikit sebanyak dipengaruhi olehnya.

Safiee berkata, sejak zaman dahulu lagi perpaduan antara kaum erat terikat dan lebih kepada hubungan saling memerlukan antara satu sama lain.

Sementara itu, beliau berkata sambutan Tahun Baharu Cina adalah untuk merapatkan lagi ikatan kekeluargaan dan juga antara rakan taulan.

“Inilah masa setahun sekali untuk kita berkumpul dan berjumpa, mengeratkan lagi tali persaudaraan,” ujarnya.

Turut bersamanya ialah Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi.

Advertisement