Anda di sini

Minos ketuai kaunselor MPKS adakan lawatan ke MPS

Advertisement
 Rombongan MPKS diketuai Minos (enam kiri) bergambar bersama Tiong (tujuh kanan) serta yang lain.
ERAT HUBUNGAN: Rombongan MPKS diketuai Minos (enam kiri) bergambar bersama Tiong (tujuh kanan) serta yang lain.

SIBU: Seramai 24 kaunselor Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) mengadakan lawatan sambil belajar ke pejabat Majlis Perbandaran Sibu (MPS) di Wisma Sanyan di sini, semalam.

Ketibaan rombongan diketuai Pengerusi MPKS Dato Peter Minos disambut mesra oleh Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King sekitar jam 8 pagi.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain.

Rombongan itu turut disertai 10 pegawai kanan MPKS dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

Mereka telah diberi taklimat mengenai pengurusan tapak pelupusan oleh MPS di Kemuyang dan pengurusan sampah pembinaan.

Di samping itu, kakitangan MPS yang memberi taklimat turut berkongsi perancangan dan pelaksanaan program 5R yang dijalankan oleh MPS.

Turut dikongsi bersama ialah mengenai kaedah kutipan cukai semasa dan tunggakan yang digunakan oleh MPS.

Advertisement