Anda di sini

MATTA Fair Sarawak kembali lagi dari 8 hingga 10 Mac depan

Advertisement
 Dayang Azizah (barisan hadapan, tiga kanan) bersama jawatankuasa penganjur pada sidang media MATTA Fair Sarawak 2019 di Kuching, semalam.
JANGAN LEPAS PELUANG: Dayang Azizah (barisan hadapan, tiga kanan) bersama jawatankuasa penganjur pada sidang media MATTA Fair Sarawak 2019 di Kuching, semalam.

KUCHING: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cabang Sarawak akan menganjurkan MATTA Fair Sarawak 2019 di sini dari 8 hingga 10 Mac depan.

Pameran berkenaan didakan di Dewan Promosi Utama (Main Promotional Hall) di Pusat Beli-Belah Boulevard dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pengerusi penganjurnya Dayang Azizah Abang Zaidan berkata, pameran kali ini melibatkan 76 gerai oleh 35 peserta pameran yang terdiri daripada agensi pelancongan, bank, insurans dan hotel dari seluruh negara.

“Ini merupakan edisi ke-14 kita mengadakan MATTA Fair Sarawak di sini, yang mana penganjurannya sebelum ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

“Bahkan untuk kali ini, kita menjanjikan tawaran menarik dengan pilihan perjalanan dari domestik ke destinasi antarabangsa selain pakej pelancongan, lawatan khas, tambang yang menarik dan banyak lagi kepada para pengunjung,” ujarnya pada sidang media berkenaan pameran itu di sini, semalam.

Menurut Dayang Azizah, pameran dijangka dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

MATTA Fair Sarawak berperanan sebagai platform untuk orang ramai dan ‘travel profesional’ mencari maklumat tentang destinasi pelancongan yang mendalam dan tawaran istimewa.

“Malah, pada pameran ini pengunjung juga berpeluang bertemu secara langsung dengan pelbagai pihak berkuasa pelancongan dan ejen pelancongan.

“Oleh itu, kita menjemput agensi perniagaan pelancogan berkaitan dan sebagainya untuk menyertai dan terlibat dalam pameran ini di mana mereka dapat mempromosikan produk pelancongan masing-masing di pasaran,” katanya.

Selain itu katanya, pameran itu juga mendapat sokongan daripada pelbagai organisasi seperti Malaysia Airlines, MASwings, Royal Brunei Airlines, Borneo Adventure Tours and Travel Sdn Bhd, Suntravel Sdn Bhd, Tiger Car Rental and Tour Sdn Bhd, Hotel Imperial Hotel, Hotel Harbour View, Hotel Waterfront, Hotel Pullman, Hotel Grand Dormani Rajah Court, Hotel Riverside Majestic, Hotel Grand Margherita, Borneo House Museum, Damai Beach Resort and SR Equatorial Sdn Bhd dan Lembaga Pelancongan Sarawak.

MATTA Fair Sarawak 2019 dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan kemasukan adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Sekretariat MATTA Cabang Sarawak menerusi talian 082-545298 atau e-mel kepada [email protected].

Advertisement